Assalamualaikum ! Hello peeps ! Lama kan Ikha tak update ? Malas dan busy sebenarnya. Dengan PBS Sains. So , tonight Ikha ada opportunity nak update. Hari ni Ikha nak update pasal wanita pertama yang masuk syurga. Ya Allah ! Bestnya. Ikha sendiri pun tak pasti kenapa dia masuk syurga. Ikha dapat artikel dari satu blog sebenarnya. LINK. Macam ni cerita dia.
Pada
suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang
bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama
Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang
dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?
Timbul
keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang
dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah
meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat
mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin
ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.
Fatimah
mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam! Siapa
di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan
merdu.
“Saya Fatimah, puteri Rasulullah”
“Alhamdulillah,
alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk
saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira
lagi makin dekat dengan pintu.
“Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah
“Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah
“Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.
” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki” jawab Muti’ah
” Tapi Hasan masih kecil” jelas Fatimah
” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.
Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawap gembira, Mutiah berkata dari dalam.
“Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”
“Ya dengan Hasan dan Husain ”
“Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?”
“Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami” jawab Muti’ah.
Hanya
esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan
rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun
semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah
kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain
yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
“Maaf
ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang
menyiapkan makanan untuk suami saya” kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.
Hampir
waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas
talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah “suamimu kerja di mana?”
“Di ladang” Jawab Muti’ah
“Sebagai pengembala?” soal Fatimah.
“Bukan. Bercucuk tanam” Jawab Muti’ah lagi.
“Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?” tanya Fatimah.
“Rotan
itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan ,
saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami
saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu
saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak
menyenangkan suami”.
“Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu” tanya Fatimah.
“Oh,
sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata
kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami.”
Fatimah
lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah
menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami
begitu besar dan tulus.
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Macam tu lah cerita dia. Kenapa dia boleh masuk syurga ? Yang tu hanya Allah yang tahu. Tapi Ikha rasa sebab macam Fatimah cakaplah. Sebab bakti dia kepada suaminya sangat besar.
Sorry post panjang. Just nak kongsi (( :
No comments:
Post a Comment